Menu Utama

Biodata

Gambar

NCER

Pulau Mutiara

Pautan Menarik

 

PULAU PINANG

 

TEMPAT MENARIK IBU NEGERIPETA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

All Right Reserved® 2007

Made Exclusively By Greendevil80™

 

PERHATIAN :

SILA GUNAKAN RESOLUSI 1024 X 768 MS INTERNET EXPLORER UNTUK PAPARAN TERBAIK

 

 

 

Dikenali juga sebagai 'Mutiara Timur' merupakan satu destinasi pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Terletak sejauh 112km dari Langkawi, negeri ini terdiri daripada sebuah pulau dan sebidang tanah di seberangnya yang bernama Province Wellesley (Seberang Perai) dan mempunyai keluasan 760 kilometer persegi secara keseluruhan. Seberang Perai merupakan sebuah kawasan perindustrian yang semakin pesat membangun dan berperanan sebagai jalan masuk kepada negeri negeri lain. Ia dihubungkan dengan Pulau Pinang menerusi Jambatan Pulau Pinang - jambatan ketiga terpanjang di dunia dengan kepanjangan 13.5 km dan juga melalui perkhidmatan feri. Dengan keluasannya hanya 271 kilometer persegi, Pulau Pinang merupakan pusat pelancongan utama negeri ini. Bahagian utara terdiri daripada pantai pantai yang cantik dan kehidupan malam yang berwarna warni. Ibu negeri iaitu Georgetown, merupakan tempat yang mempunyai bangunan kolonial terbanyak di seluruh Malaysia. Bangunan bangunan kolonial ini merupakan hasil peninggalan  sejarah ketika negeri ini dijadikan pusat perdagangan pada zaman dahulu. Pulau Pinang juga dikenali sebagai 'Syurga Makanan' ekoran kepelbagaian jenis makanan daripada budaya masyarakatnya yang berbeza. Di bahagian selatan Pulau Pinang pula terletaknya kawasan Bayan Baru dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas yang menempatkan banyak kilang perindustrian multinasional dan tempatan.

Menu UtamaBiodataGambarNCERPulau MutiaraPautan Menarik