Rancangan
pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Koridor Utara) adalah salah satu
pelan pembangunan ekonomi yang baru di Malaysia ini. Program ini adalah
inisiatif kerajaan untuk memajukan pertumbuhan ekonomi dan meninggikan taraf
pendapatan bagi negeri negeri di utara Semenajung Malaysia. Negeri negeri
tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Wilayah Ekonomi
Koridor Utara merupakan salah satu daripada tiga Wilayah Pembangunan Baru
yang dibentuk di Semenanjung Malaysia. Wilayah Pembangunan yang lain adalah
Wilayah Pembangunan Iskandar di negeri Johor dan Wilayah Pembangunan Timur
bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Koridor Utara ini akan bermula
pada tahun 2007 dan dijangka akan berakhir pada Rancangan Malaysia ke 12
iaitu tahun 2025. Rancangan ini telah dilancarkan pada 30 Julai 2007 di Alor
Star, Kedah. Upacara pelancaran ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga menjadi pengerusi
bagi Koridor Utara.