PERTANIAN

 

Kedudukan Semasa

Pertanian adalah salah satu sektor ekonomi utama di negeri-negeri utara, melibatkan 21.7% tenaga pekerja bagi Perlis, 19% bagi Kedah, 18% bagi Perak dan 1.4% bagi Pulau Pinang. Aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Utara merangkumi penanaman padi; penanaman tanaman-tanaman komersil seperti kelapa sawit, getah dan tebu; dan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran. Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama2, hampir 42% ditanam dengan padi, lebih kurang 49% dengan kelapa sawit, 3% dengan getah dan 3% dengan tebu.

Keluasan kawasan penanaman bagi tanaman-tanaman utama di Koridor Utara

Kawasan Tanaman

Kawasan Padi*

Getah

Kelapa Sawit

Tebu**

 

Hektar

Perlis

26,088

373

35

8,553

Kedah

106,632

13,567

72,321

11,324

Pulau Pinang

12,643

-

13,868

-

Perak

22,235

5,038

302,938

-

Koridor Utara

167,598

18,978

398,162

19,877

Sumber: Data Bank Negeri/Daerah, Jabatan Statistik, 2005
Laporan Tinjauan Penghasilan Padi, Malaysia (Musim Utama 2004/2005), Jabatan Pertanian, 2006 (m/s 15)
*Kawasan tanaman padi bagi musim utama, 2004/2005
** Pelan Struktur Negeri bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

 

Pendapatan rendah para petani (berbanding pekerja sektor-sektor lain) berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas. Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi sektor pertanian.

 

Koridor Utara akan dijadikan zon makanan moden bagi Malaysia, bermula dengan inovasi daripada pakar-pakar sains, yang kemudiannya digunapakai dan dikomersilkan oleh pihak industri berdasarkan piawaian antarabangsa dan dipasarkan ke pasaran domestik serta luar negara.

 

Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan “pertanian baru” adalah amat penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara dalam bahan makanan yang telah meningkat kepada RM7.4 bilion pada tahun 2005.

Koridor Utara mempunyai beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepatkan pertumbuhan sektor pertanian sekaligus mentransformasikan Wilayah ini sebagai zon makanan moden Malaysia:

 

Keluasan tanah yang diperuntukkan dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti pertanian

 

Kira-kira 40% keluasan tanah Koridor Utara (932,581 hektar) diklasifikasikan untuk pertanian. Daripada jumlah ini, 595,615 hektar digunakan untuk penanaman padi, tebu, kelapa sawit dan getah. 167,598 hektar daripada keluasan ini ditanam dengan padi, iaitu mewakili 64% daripada jumlah kawasan penanaman padi di Semenanjung Malaysia.

 

Daripada 932,581 hektar tanah yang diklasifikasikan untuk kegunaan pertanian, kira-kira 100,000 hektar merupakan tanah terbiar. Tanah terbiar ini mempunyai potensi untuk digiatkan kembali.

 

Sesetengah kawasan di Utara seperti Perlis mempunyai musim kering dan hujan yang ketara. Ciri iklim ini menjadikan kawasan-kawasan ini sesuai untuk penanaman buah-buahan seperti mangga dan sebagai tapak untuk menguji ketahanan biji benih.

 

Kewujudan masyarakat petani

 

Kecuali Pulau Pinang, kira-kira 20% penduduk di setiap negeri Koridor Utara terlibat dalam sektor pertanian seperti dalam penanaman padi, buah-buahan serta sayur-sayuran. Penglibatan yang agak tinggi ini menunjukkan bahawa penduduk yang sedia ada mempunyai pengetahuan dan amat biasa dengan amalan-amalan pertanian. Amalan-amalan ini boleh dipertingkatkan lagi dengan pengenalan beberapa program dalam Rangka Tindakan.

 

Sokongan institusi untuk aktiviti-aktiviti penanaman padi

 

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) memiliki 3 kawasan jelapang yang merangkumi 76% (127,737 hektar) daripada jumlah kawasan penanaman padi di Koridor Utara:

  • MADA di Kedah mengurus sistem pengairan di kawasan jelapang MADA dan menyediakan subsidi bagi meningkatkan hasil padi selaras dengan program “Projek 10 Tan”.

  • IADP Pulau Pinang dan Kerian menambahbaik infrastruktur penanaman padi seperti sistem pengairan, menyediakan subsidi baja dan juga memberi khidmat nasihat bagi mempertingkatkan tahap kemahiran petani.

Kewujudan institusi-institusi tersebut menyediakan mekanisma sedia ada bagi menyalur rancangan-rancangan peningkatan yang akan diperkenalkan melalui Rangka Tindakan.

Menu Utama

Biodata

Gambar

NCER

Pulau Mutiara

Pautan Menarik

 

 

 

 

WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA

 

VISISEKTORFAKTA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menu UtamaBiodataGambarNCERPulau MutiaraPautan Menarik

 

All Right Reserved® 2007

Made Exclusively By Greendevil80™

 

PERHATIAN :

SILA GUNAKAN RESOLUSI 1024 X 768 MS INTERNET EXPLORER UNTUK PAPARAN TERBAIK

 

 

INFRASTRUKTUR

 

MODAL INSAN

 

 

Kualiti infrastruktur pendidikan dan perkhidmatan

 

Bilangan guru di Wilayah Utara didapati memadai jika dilihat dari segi nisbah antara kelas dengan guru yang agak tinggi di dalam negeri-negeri yang terletak di dalam Koridor Utara. Sebagai contoh, dalam kategori sekolah menengah, negeri Perlis mencatatkan nisbah antara kelas dengan guru yang paling tinggi di Koridor Utara iaitu 1:2.41, diikuti dengan negeri Kedah (1:2.15), Pulau Pinang (1:2.09) dan Perak (1:2.04). Nisbah-nisbah tersebut adalah lebih tinggi berbanding dengan nisbah purata negara iaitu 1:1.93.

 

Sungguhpun banyak usaha telah terlaksana bagi menyediakan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan pendidikan (termasuk makmal sains dan makmal komputer, perpustakaan serta kemudahan-kemudahan sukan) di semua sekolah, namun ia mungkin masih belum mencukupi. Keadaan ini perlu ditangani dengan segera kerana ianya boleh membawa kesan yang negatif kepada prestasi akademik dan ko-kurikulum khususnya di sekolah-sekolah luar bandar, jika ia dibiarkan berterusan.

 

Bilangan Belia di Wilayah Utara

 

Sebahagian besar penduduk Koridor Utara terdiri daripada golongan belia di mana 41.7% (1.52 juta individu) daripada jumlah penduduk Koridor Utara berumur 20 tahun ke bawah dan 30.2% (1.1 juta individu) daripada jumlah penduduk Koridor Utara berada dalam lingkungan umur antara 20-39 tahun. Bilangan belia yang begitu ramai di Wilayah Utara bermakna bahawa terdapat satu keperluan yang semakin besar untuk pendidikan yang berkualiti tinggi dan kursus kemahiran yang bersesuaian. Ini akan memastikan agar tenaga kerja di Wilayah Utara pada masa hadapan bersedia menghadapi cabaran-cabaran semasa.

 

Nisbah Kelas-Guru di Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah di Koridor Utara dan Malaysia, 2005

 

Nisbah Kelas-Guru di Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah di Koridor Utara dan Malaysia, 2005

Negeri

Sekolah Rendah

Sekolah Menengah

Guru

Kelas

Nisbah kelas:guru

Guru

Kelas

Nisbah kelas:guru

Perlis

1,927

877

1:2.20

1,958

812

1:2.41

Kedah

14,139

6,979

1:2.02

10,675

4,974

1:2.15

Pulau Pinang

8,705

4,640

1:1.88

7,138

3,422

1:2.09

Perak (S)

17,444

9,100

1:1.92

13,899

6,808

1:2.04

Koridor Utara

42,215

21,596

1:1.95

33,670

16,016

1:2.10

Malaysia

188,514

98,400

1:1.92

133,571

69,152

1:1.93

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
(S): Seluruh negeri

 

Pembangunan institusi-institusi vokasional dan teknikal

ALAM SEKITAR

 

 

Pembangunan Mampan: Memelihara Sumber Semulajadi dan Alam Sekitar di dalam Koridor Utara

 

Tunggak utama ekonomi Koridor Utara – pertanian, pembuatan dan pelancongan – amat bergantung kepada keadaan dan kemampanan alam sekitar. Pada masa yang sama, kegiatan ekonomi di Koridor Utara juga akan memberikan kesan besar terhadap keadaan alam sekitar. Lebih kurang 56.6% daripada keluasan tanah di Koridor Utara adalah terdiri daripada kawasan hutan dan air. Alam semulajadi ini mesti dilindungi dan dipulihara semasa aktiviti-aktiviti pembangunan dijalankan supaya membolehkan satu pembangunan yang mampan dilaksanakan. Kegagalan untuk memelihara dan mengekalkan alam sekitar akan membawa kesan kepada pembangunan generasi yang akan datang.

 

Mencapai Penggunaan Sumber Semulajadi Secara Efisien dan Mampan

 

Isu utama yang dihadapi di Koridor Utara dalam memastikan pembangunan mampan dan penggunaan sumber alam yang efisien adalah pengurusan sumber air, tenaga dan bahan buangan yang kurang bersepadu.

Kekurangan pengurusan air di Koridor Utara boleh menyebabkan berlakunya banjir ketika musim hujan dan pengairan yang kurang memuaskan di kawasan pertanian pada musim kemarau.

 

Keadaan Banjir di dalam Koridor Utara setakat tahun 2001

 

Negeri

Keluasan Kawasan Banjir (km2)

Keluasan Kawasan Banjir (bandar)

Jumlah Penduduk Yang Menjadi Mangsa Banjir

Purata Kerosakan Tahunan (RM juta)

Perlis

26.74

5.12

12,736

2.75

Kedah

209.44

12.13

117,368

30.2

Pulau Pinang

206.83

57.06

342,524

44.52

Perak (S)

662.84

36.3

275,374

22.64

NCER

1105.85

110.61

748,002

100.11

Sumber: Daftar Kebangsaan Untuk Kajian Lembangan Sungai - Jilid 2, Mengemaskinikan Keadaan Banjir di Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, 2003
(S): Seluruh negeri

 

Banjir-banjir tersebut berlaku kerana kekurangan infrastruktur pengurusan air termasuk saliran dan peparitan, tasik buatan manusia dan takungan air.

Tambahan pula, walaupun air adalah satu sumber yang kini semakin terhad, data menunjukkan bahawa Wilayah ini tidak menggunakan sumber airnya secara berkesan. Air yang tidak berhasil juga berada di tahap yang tinggi.

 

Penggunaan Air Yang Tidak Berhasil di dalam Negeri-Negeri Koridor Utara

 

Negeri

Tahun 2000
(%)

Tahun 2005
(%)

Perlis

44

37

Kedah

46

41

Pulau Pinang

23

19

Perak (S)

38

30

Malaysia

40

38

Sumber: Rancangan Malaysia Ke-9 2006, Jadual 18-7
(S): Seluruh negeri

 

Penggunaan Air Per Kapita/ Per Hari di dalam Negeri-Negeri Koridor Utara

 

Negeri

Penggunaan Per Kapita Per Hari (liter/kapita/hari)

Tahun 2000

Tahun 2001

Perlis

243

261

Kedah

281

305

Pulau Pinang

466

469

Perak (S)

251

266

Malaysia

282

287

Sumber: Panduan Industri Air Malaysia, Persatuan Air Malaysia, 2003
(S): Seluruh negeri

 

Selain daripada air, penggunaan tenaga dan sisa juga mesti dikurangkan. Ini adalah, kerana sebahagian besar daripada tenaga yang digunakan adalah berasal daripada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti gas dan batu arang, yang bergantung pada bekalan bahan sua yang diimpot dan juga menyebabkan pencemaran ketika dihasilkan. Sisa harus dikurangkan supaya keperluan untuk merawat dan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui boleh dikurangkan.

Oleh kerana pembangunan Wilayah ini dijangka akan menjadi lebih pesat melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif dalam Rangka Tindakan, pengurusan air, penjimatan tenaga dan amalan-amalan pengurusan sisa perlu diperkenalkan dalam mengurangkan tekanan terhadap sumber semulajadi di dalam Wilayah ini.

 

Ekonomi di Wilayah Utara bergantung kepada sektor pertanian, pembuatan dan pelancongan. Justeru itu, pusat-pusat pendidikan di Wilayah Utara harus membantu mereka yang layak untuk memperolehi kemahiran-kemahiran spesifik yang sesuai dengan ekonomi luar bandar seperti agronomi, kejuruteraan, penyelenggaraan peralatan, reka bentuk dan pengeluaran kraftangan serta kemahiran memasak. Dengan itu, satu saluran pendidikan alternatif harus diwujudkan di mana golongan belia di Wilayah Utara diberi keupayaan untuk mengakses peluang-peluang pekerjaan yang berpendapatan lebih tinggi.

 

Untuk menggalakkan pembangunan dalam sektor pertanian, pembuatan dan pelancongan di Koridor Utara, Kerajaan akan menyediakan suasana yang kondusif untuk pembangunan ekonomi dengan menggabungkan infrastruktur fizikal, seperti sistem pengairan untuk kawasan pertanian, sistem utiliti dan sistem pengangkutan, dan infrastruktur “lembut” seperti modal insan, dana, insentif-insentif dan sistem penyampaian awam yang lebih cekap. Tumpuan akan diberikan kepada usaha-usaha mempertingkatkan kemudahan perhubungan dalam dan luar negara, memperkukuhkan infrastruktur utiliti awam untuk menyokong pembangunan ekonomi, menyediakan insentif yang bersasaran dan berdaya saing yang akan menggalakkan pelaburan di kawasan-kawasan yang dipromosikan, dan menubuhkan organisasi khusus untuk memandu dan menyelaraskan pelaksanaan.

 

Jalan Raya dan Jambatan

    Perhubungan jalanraya di Koridor Utara akan dipertingkatkan melalui beberapa buah projek.
     

    Sedia ada:

  • Lebuhraya Utara-Selatan dari Ipoh ke Bukit Kayu Hitam

  • Jambatan Pulau Pinang
     

    Projek yang dirancang atau dicadangkan:

  • Pelebaran Jambatan Pulau Pinang

  • Pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua

  • Lebuhraya Pesisiran Pantai – pelebaran jalan raya yang sedia ada dan membina yang baru

  • ‘Central Spine’ – pelurusan dan pelebaran jalanraya sedia ada serta membina jalanraya baru

  • Pelebaran jalan Butterworth-Kulim-Grik-Jeli-Kota Bharu

  • Penaiktarafan jalan dari Alor Setar ke Kuala Nerang dan dari Kuala Nerang ke Tasik Pedu

  • Penaiktarafan jalan dari Taiping ke Grik

  • Lebuhraya Yan-Gurun

Landasan Kereta Api

Perjalanan jarak jauh dan perkhidmatan komuter melalui sistem kereta api akan dipertingkatkan melalui beberapa projek.

Sedia ada:

  • KTM dari Ipoh ke Padang Besar

Projek yang dirancang atau dicadangkan:

  • Projek landasan berkembar dari Ipoh ke Padang Besar

  • Monorel Pulau Pinang

  • Dua terminal bersepadu di Pulau Pinang

  • Terminal bersepadu di Kulim

  • Monorel Seberang Perai dari Prai-Kulim-Sungai Petani

  • Kereta api komuter dari Ipoh ke Sungai Petani

  • Landasan kereta api Kota Bharu-Jeli-Butterworth

  • Depot Komersil Dalaman di Padang Besar

Pelabuhan Laut dan Lapangan Terbang

Perhubungan maritim dan udara yang mantap akan menjadi penting dalam mempromosikan barangan yang dikeluarkan dari Koridor Utara di pasaran antarabangsa. Beberapa pembaikan kepada prasarana yang sedia ada telah pun dirancangkan.

Lapangan Terbang sedia ada:

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

  • Lapangan Terbang Alor Setar

Projek yang dirancang atau dicadangkan:

  • Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

  • Memperluaskan perhubungan udara untuk membawa masuk lebih banyak pelawat ke Koridor Utara.

Pelabuhan sedia ada:

  • Pelabuhan Kontena Butterworth

  • Kuala Kedah

  • Kuala Perlis

  • Pulau Langkawi

Projek yang dirancang atau dicadangkan:

  • Pembesaran Pelabuhan Kontena Butterworth

  • Penambahan bilangan kapal pesisir pantai, perkhidmatan feri atau perhubungan dengan pelabuhan di Sumatera, Phuket dan Myanmar.

PELANCONGAN & LOGISTIK

 

Kedudukan Semasa

 

Sektor tertiari telah menyumbang sebanyak 54.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Koridor Utara bagi tahun 2000. Walaubagaimanapun, sebahagian besar daripada jumlah tersebut adalah tertumpu kepada sektor perkhidmatan awam. Justeru, Koridor Utara ditubuhkan dengan matlamat untuk mempelbagaikan sektor tertiari ini serta membawanya kearah sektor perkhidmatan moden dengan lebih segera. Tumpuan akan diberi kepada sektor pelancongan dan logistik dengan memanfaatkan pusat pelancongan ternama di kawasan ini seperti Pulau Langkawi dan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan utama serta kedudukan strategik Koridor Utara dalam konteks IMT-GT.

PEMBUATAN

 

 

 

 

 

 

 

Kedudukan Semasa

 

Sektor pembuatan dijangka menjadi satu pemacu pertumbuhan kukuh bagi Koridor Utara. Sektor ini merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK Koridor Utara dengan sumbangan sebanyak 34% kepada KDNK wilayah pada tahun 2000 - setanding dengan gambaran keseluruhan Malaysia di mana sektor ini menyumbangkan 35% kepada KDNK nasional. Sektor ini juga mengupah 28% tenaga kerja Wilayah Utara pada tahun yang sama. Walaubagaimanapun, taburan aktiviti pembuatan tidak sama rata, aktiviti lebih tertumpu di Pulau Pinang berbanding dengan negeri-negeri lain di Wilayah ini.

 

Koridor Utara merupakan satu kawasan yang menempatkan salah satu sektor terpenting kepada ekonomi Malaysia - iaitu sektor produk E&E, yang tertumpu di Pulau Pinang dan Kulim. Sektor E&E menyumbang sebanyak 64.1% kepada eksport pembuatan pada tahun 20053 dan menarik sebanyak 42.6% daripada keseluruhan pelaburan asing (FDI) di Malaysia pada tahun 2006.

 

Industri elektronik di Malaysia bermula sejak 1970an dan kini menjadi tempat berpusatnya syarikat-syarikat multinasional dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah, Taiwan dan Korea. Kekuatan Malaysia dalam industri ini dapat dilihat dari segi pengeksportan alat semikonduktor dan peralatan audio visual yang unggul.

Industri elektronik di Wilayah Utara merangkumi:

  • Pembuatan komponen elektronik
    Industri pembuatan komponen elektronik dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional terutama dari AS, Jerman dan Jepun. Pembuatan semikonduktor merupakan sebahagian besar daripada pembuatan komponen elektronik dengan 53 syarikat terlibat dalam pengeluaran, pemasangan, reka bentuk dan pengujian litar bersepadu.

  • Pembuatan elektronik pengguna
    Industri elektronik pengguna mengeluarkan set televisyen, radio, kamera perakam video dan kamera digital. Disebabkan oleh margin keuntungan yang rendah di dalam sektor ini, aktiviti-aktiviti nilai tambah yang rendah telah dipindahkan ke negara-negara kos rendah manakala R&D yang bernilai tinggi dijalankan di Malaysia.

  • Pembuatan elektronik kegunaan industri
    Industri pengeluaran elektronik untuk kegunaan industri mengeluarkan kebanyakan produk-produk ICT dan produk-produk komunikasi dan rangkaian; dan ia dikuasai oleh syarikat-syarikat multinasional.

Selain daripada E&E, sub-sektor pembuatan yang sedia ada di Wilayah Utara termasuk pemasangan automatif (terkumpul di Gurun dan Kulim), bahan kimia dan baja, hasil sampingan petroleum dan mesin serta peralatan.